Tips dan amalan mendidik anak supaya mendengar kata ibu bapa

Assalamualaikum w.b.t

Di zaman yang serba canggih, cara didikan kepada anak-anak adalah berbeza dengan cara didikan mak ayah kita dulu-dulu. Bagaimana untuk mendidik anak-anak supaya mendengar kata dan patuh pada ibu bapa.

panduan-mendidik-anak

Tips-tipsnya adalah seperti.

1. Banyakkan berdoa, berzikir dan memohon daripada yang Maha Kuasa

  • Sebagai orang Islam, pertama sekali kita kena mendekatkan diri kepada Allah s.w.t dengan banyakkan berdoa dan perbanyakkan amalan berzikir supaya anak-anak mudah mendengar kata.
  • Amalkan membaca baca ‘Ya Latif’ sebanyak 7 kali dan dihembuskan ke kepala anak sewaktu mereka sedang atau hendak tidur.Amalkan juga zikir ‘Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang setiap hari.
  • Ibu-ibu juga boleh baca doa ini semasa menyediakan makanan untuk anak-anak. Doanya berbunyi begini.

Ya Allah lembutkan hati anak ku (sebut nama anak) sepertimana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi.

  • Dan kemudian dihembuskan pada makanan atau minumannya.

 

 

2. Jangan mudah dan sentiasa bersabar dengan kerenah anak

Kita perlu banyak bersabar dalam usaha-usaha kita menangani anak-anak zaman sekarang yang begitu aktif. Cara pendekatan yang perlu dilakukan adalah dengan cara memujuk bukan terus marah-marah atau menengking. Anak adalah anugerah dan amanah Allah SWT kepada ibubapa. Mereka ibarat kain yang putih yang bersih lagi suci. Kecantikan dan keindahan kain itu bergantung kepada ibubapa itu sendiri untuk mencorakkannya. Banyakkan memeluk anak. Anak yang sering dipeluk akan tenang, kurang degil, rasa selamat dan disayangi serta tidak perlu nak buat nakal. Layan anak lebih baik daripada biasa agar dia rasa bersalah jika ingkar perintah ibubapa.

3. Gunakan pendekatan menasihat semasa waktu tidur 

Cuba nasihati anak semasa dia tidur dengan berbisik di telinganya atau sekadar bercakap dalam hati. Nasihatkan agar jadi anak yang baik, sopan santun, dengar cakap ibubapa, dan sebagainya. Ikut kajian , jika kita istiqamah menasihati anak kita semasa mereka tidur, anak-anak insya Allah akan berubah menjadi anak yang baik.

4. Tunjukkan contoh tauladan yang baik

Sebagai orang tua maka sikap dan prilaku kita adalah contoh utama yang akan di ikuti oleh buah hati kita. Jika ingin anak-anak kita bersikap sopan, bertuturkata yang baik, maka kita harus senantiasa bersikap seperti itu sebagai contoh. Jika ingin anak kita rajin membaca, maka kita juga harus memulakannya dahulu. Kalau kita pun setiap hari asyik menengking-nengking, adakah anda rasa anak akan menghormati ibu-bapanya. Bak kata pepatah, ke mana tumpahnya kuah, kalau tak ke nasi? Ataupun perumpamaan ‘Bapa borek, anak rintik’? Sama kan?

5. Beri makanan tambahan pada anak-anak

Akhir sekali, mungkin anda juga boleh beriktiar dengan memberi anak supplement yang dapat menguatkan minda, tenangkan emosi, lembutkan hati dan kuatkan daya ingatannya. Sesetengah kanak-kanak kurang fokus dengan apa yang kita suruh disebabkan masalah kekurangan nutrisi di dalam tubuh badannya. Perlu diingat, kanak-kanak perlu dilengkapkan dengan nutrisi yang secukupnya supaya dia dapat membesar dengan sihat dan cerdas.  Insya Allah.

Sama-samalah kita berusaha untuk mendidik anak-anak kita menjadi insan yang berguna di masa hadapan.

Terima Kasih kerana sudi singgah di blog ini semoga apa yang baik dapat dijadikan panduan dan yang buruk sila buang jauh-jauh.

SIGNATURE RUZIDAH COM-SMALL

 

 

(Visited 1,579 times, 13 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

You May Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!