Tips Jaga Hati Suami Di Saat Lahirnya Si Kecil

Assalamualaikum w.b.t

Walaupun saat menimang cahaya mata merupakan momen paling bahagia buat pasangan suami isteri namun ternyata dengan kehadiran anak membuatkan perhatian isteri lebih banyak tertumpu kepada anak yang baru dilahirkan daripada suaminya. Kasih seorang isteri sudah terbahagi dua sehingga menimbulkan kecemburuan pada suami.

panduan-jaga-hati-suami-bila

Sebagai isteri, elakkan daripada rasa cemburu ini terbit di hati suami apatah lagi menyebabkan dia berkecil hati. Kata nak jadi isteri mithali kan? Meski sibuk menguruskan bayi suami tidak harus di abaikan. Berikut adalah panduan yang boleh anda ikuti dalam menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu yang baik.

Hormati kedudukan suami

Tidak dinafikan selepas melahirkan anak, tentunya anda banyak meluangkan masa bersama si kecil namun sebaiknya cuba sedaya upaya untuk menyediakan keperluan suami. Pamerkan kesungguhan anda dan curahkan kasih sayang anda. Ia mungkin boleh mengurangkan rasa terpinggir di hati suami.

Kongsi kegembiraan bersama

Galakkan suami membantu anda melakukan tugas menjaga bayi. Jadikan aktiviti mandi, menukarkan lampin, menidurkan dan bermain bersama bayi agar suami lebih memahami tanggungjawab isteri yang semakin bertambah. Minta juga suami menemani anda ketika menyusui bayi. Dengan melakukkannya bersama-sama, secara tidak langsung ia dapat mengeratkan lagi hubungan suami isteri dan mencambahkan kasih sayang bapa buat anaknya.

Penampilan Diri

Walaupun ketika tempoh berpantang, jangan abaikan aspek penampilan diri. Kenakan pakaian yang sesuai agar anda masih kelihatan menarik di hadapan mata suami.

Beri Penghargaan

Biarpun sudah memiliki si kecil dan masa yang diluangkan bersama suami sedikit terhad, pastinya kasih sayang kalian semakin bertambah. Justeru, beri perhargaan kepada suami dan ucapkan terima kasih di atas segala usahanya menggembirakan anda. Luahkan juga perasaan atau ungkapan cinta selain bergurau senda untuk mengurangkan rasa terasing yang ada dirinya.

Diharapkan dengan sedikit panduan ini, anda dapat beroleh manfaat daripadanya. Selamat melayari rumah tangga dengan aman dan harmoni bersama hadirnya orang baru dalam hidup anda. Tahniah .

SIGNATURE RUZIDAH COM-SMALL

(Visited 2,579 times, 4 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

One thought on “Tips Jaga Hati Suami Di Saat Lahirnya Si Kecil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!