9 Tips Kurangkan Sakit Belakang Semasa Hamil

Hari demi hari , perut ibu hamil akan mula membesar dan meregang, malah ada juga ibu hamil yang mula merasakan perutnya semakin membesar pada peringkat awal kandungan lagi.

Apa pula kaitan sakit belakang dengan kandungan?

Di sebabkan oleh kandungan yang semakin yang semakin membesar, otot abdomen meregang dan berlaku perubahan pada postur badan. Ia sekaligus memberi tekanan ke atas bahagian belakang dan mejadi punca kepada rasa sakit. Antara punca lain sakit belakang ialah pertambahan berat badan yang keterlaluan semasa hamil.

sakit belakang-hamil

Di bawah ini merupakan beberapa tips yang boleh ibu-ibu ikuti untuk mengurangkan sakit belakang.

1. Postur badan yang betul

Pastikan postur badan anda betul ketika berjalan atau berdiri bagi mengelakkan tekanan ke atas tulang belakang. Postur ini membantu anda untuk meluruskan tulang belakang dan mengecutkan bahagian perut dan punggung. Anda juga lebih relaks pada bahagian bahu.

2. Jangan berdiri lama

Elakkan berdiri terlalu lama dalam sehari . Jika anda perlu duduk terlalu lama di pejabat, pastikan anda bangun dan berjalan di sekitar ruang pejabat setiap jam.

3. Sokong belakang dengan bantal

Gunakan bantal kecil untuk diletakkan pada bahagian bawah belakang bagi mengurangkan ketidakselesaan dan kesakitan.

4. Jangan menolak perut ketika berjalan

Berjalan dengan betul iaitu elakkan berjalan dengan menolak perut ke hadapan kerana lengkungan lumbar yang terhasil pada bahagian bawah sendi belakang badan boleh mengakibatkan kesakitan.

5. Pakaian dalam yang selesa

Pastikan anda mengenakan pakaian dalam yang selesa. Begitu juga pakaian secara keseluruhannya. Pastikan ia tidak ketat, sebaliknya longgar di bahagian depan.

6. Senaman ringan

Melakukan senaman ringan seperti menggerakkan anggota badan dan berjalan-jalan di sekitar rumah atau pejabat juga boleh dilakukan bagi mengurangkan sakit belakang. Ibu-ibu boleh ‘google’ di internet atau search Youtube untuk mendapatkan info betul mengenai senaman yang boleh dilakukan semasa mengandung.

senaman ringan
senaman ringan yang sesuai untuk ibu hamil

7. Posisi tidur yang betul

Pastikan posisi tidur ibu adalah betul bagi mendapatkan rehat yang mencukupi. Sangga perut dan pinggang dengan bantal yang bersesuaian untuk membantu anda tidur dengan lebih selesa.

8. Elakkan Kerja Kasar.

Elakkan mengangkat benda yang berat dan kurangkan membongkok. Senaiknya mintalah pertolongan dari suami atau ahli keluarga yang lain sekiranya ada benda berat yang ingin diangkat.

9. Pengambilan suplemen

Selain pengambilan asid folik yang dibekalkan doktor, ibu-ibu juga boleh mengambil suplemen tambahan seperti ostematrix untuk mengurangkan sakit belakang di samping membantu ibu tidur lebih lena.

Ibu mengandung dan ostematrix

Diharapkan dengan 9 tip di atas dapat membantu ibu-ibu hamil yang mempunyai masalah sakit belakang semasa hamil.

Semoga Bermanfaat.

Berkongsi Kebaikan Untuk Semua.

* RUZIDAH *

013-6691930

 [ ID : 933174 ]

>>Terus ke Whatsapp 

(Visited 2,693 times, 2 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

4 thoughts on “9 Tips Kurangkan Sakit Belakang Semasa Hamil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!