Tips Melancong Bersama Anak Kecil

Sesekali bercuti ke mana-mana destinasi pilihan memang menyeronokkan. Apalagi apabila aktiviti itu dihabiskan dengan membawa ahli keluarga bersama-sama. Sebaik sahaja dikhabarkan akan pergi bercuti, anak-anak pun turut terasa teruja dan sibuk-sibuk untuk mengemas barang mereka. Namun begitu, beberapa perkara perlu dititikberatkan semasa bercuti bersama anak-anak supaya tidak timbul insiden-insiden yang tidak diingini di kemudian hari. Banyak hal yang perlu diperhatikan selain menuntut kesabaran yang tinggi. Kerana itu ramai yang mengambil keputusan untuk tidak membawa anak bersama-sama.

Tips kali ini mungkin dapat membantu sekali gus merealisasikan impian anda untuk bercuti bersama anak-anak dengan lebih aman.

Sebelum Berangkat

  • Biarkan anak-anak mengemas sendiri barang yang dibawa mereka. Terangkan pada mereka pakaian apa yang perlu dibawa dan biarkan mereka memilih pakaian yang mereka suka. Boleh juga masukkan beberapa manisan seperti gula-gula dan coklat, tuala kecil, tisu, buku cerita serta kertas dan alat tulis di dalam beg yang akan dijinjing.

melancong-bersama-anak-kecil

  • Perbaharui imunisasi seperti vaksin hepatitis B, hepatitis A dan apa-apa vaksin untuk seluruh keluarga. Jika bercuti di luar Negara, cari maklumat tambahan untuk tujuan tersebut.

Di lapangan terbang

  • Datang awal ke lapangan terbang untuk daftar masuk dan ke ruangan berlepas untuk mengelakkan kelewatan serta masalah-masalah kecil yang boleh menyebabkab anda tertinggal kapal terbang.
  • Beritahu anak mengenai prosedur pemeriksaan keselamatan supaya mereka tidak takut untuk melakukannya terutama ketika memasuki pintu pemeriksaan.
  • Dengan jumlah orang yang ramai di lapangan terbang, anda perlu menggandakan jagaan terhadap anak-anak. Pastikan anak sentiasa berada di sebelah anda dan pegang tangan mereka. Jangan sesekali meninggalkan mereka tanpa pengawasan dari orang dewasa.

Dalam penerbangan

  • Tempat duduk terbaik dalam penerbangan untuk anak-anak adalah barisan pertama di kelas ekonomi. Di sistu ada ruang kaki yang luas. Seorang anak sebaiknya duduk diantara dua orang dewasa.
  • Penempahan tempat duduk lebih awal dapat membantu seluruh anggota keluarga dapat tempat duduk sebaris. Walaupun terpaksa membayar lebih , tapi ia lebih berbaloi.
  • Bawa air kosong dalam botol untuk diminum selain gula-gula mint untuk mengurangkan tekanan udara pada telinga serta barangan mainan dalam beg pegang untuk menarik minat kanak-kanak.

Jika melancong dengan kereta

  • Jadikan percutian menaiki kereta kenangan yang menyenangkan dengan membawa bantal dan selimut. Berhentilah dengan kerap di mana-mana tempat Rehat & Rawat. (R&R).
  • Pastikan anda menyediakan kertas , pensil, mainan, CD lagu dan buku kegemaran anak-anak. Dan yang paling penting, babitkan anak-anak dalam proses percutian tersebut.
  • Simpanlah segala yang berkaitan dengan percutian anda sekeluarga seperti brosur dan potongan tiket dalam tempat khas seperti dalam buku tebal.
  • Dengan melihat brosur dan tiket-tiket itu, ia akan mengujakan dan membuatkan mereka tidak sabar untuk sampai ke destinasi.
  • Cuba rancang waktu perjalanan yang hampir dengan waktu tidur anak untuk mengelakkan mereka meragam. Anak kecil mudah bosan duduk di dalam kereta untuk tempoh yang lama.
  • Selimut dan bantal boleh menjadikan perjalanan jauh lebih selesa dan kalau bernasib baik mereka akan tertidur. Bawa bekalan seperti snek, roti dan air kotak. Anak-anak akan lebih tenang apabila perut terisi.
  • Bawalah DVD kegemaran mereka jika kenderaan punya pemain DVD.

Di destinasi percutian

  • Pastikan jadual sepanjang percutian anda bersama anak-anak lebih santai dan mempunyai banyak masa yang terluang. Jangan buat jadual percutian yang terlalu padat kerana ia akan membuatkan anak-anak keletihan dan sekaligus membuatkan mereka meragam.
  • Jika ahli keluarga lain mengikuti rombongan anda, pastikan mereka menyimpan maklumat mengenai mengenai hotel dan nombor telefon yang akan dihubungi ketika kecemasan.
  • Ketika berjalan beramai-ramai di satu-satu lokasi, pastikan anda menempatkan masa dan satu sudut yang sesuai untuk berkumpul dan apabila anda berpecah.

Di hotel

  • Pastikan anak-anak tidak bermain di dalam bilik mandi yan sememangnya luas dan cantik di bilik hotel. Pastikan lantai bilik air tidak basah kerana takut anak-anak atau anda tergelincir.

kid-at-swimming-pool

 

  • Ketika anda berehat, pastikan tingkap tidak di buka dan pintu dikunci.
  • Kanak-kanak sangat menyukai aktiviti mandi-manda di kolam renang. Justeru, jangan biarkan mereka berenang tanpa pengawasan dari orang dewasa terutama anda.

Perkara-perkara yang perlu diambil berat

  • Jika agenda percutian anda mencakupi kolam renang, laut, taman tema air dan tempat-tempat berkaitan dengan air, perkara penting yang anda perlu pastikan ialah jangan sesekali membiarkan mereka bersendirian.
  • Walaupun mereka boleh berenang, anak-anak harus selalu memakai pelampung.
  • Bawalah topi yang lebih lebar dan pelembap untuk melindungi kulit anak-anak dari sinaran matahari. Bawa juga ubat-ubatan yang diperlukan. Jangan lupa simpan nombor doctor keluarga yang boleh dihubungi ketika kecemasan  walaupun anda bercuti di luar negara.
  • Untuk mencegah penyakit yang disebabkan air yang tercemar, minumlah hanya air mineral dan gunakan air yang sudah dimasak untuk membuat susu anak anda atau jus.
  • Siapkan beg pakaian yang ringkas. Bukan sahaja memberi anda lebih kebebasan, menjimatkan masa mengeluarkan dan memasukkan pakaian tetapi juga lebih mudah dibawa. Kereta sorong juga kadang kala remeh dan menyusahkan.
  • Siapkan keperluan utama anak dalam beg yang mudah dicapai, seperti lampin pakai buang, changing mat, tisu lembap, tuala kecil, termos , air dan sebagainya.
  • Bawa ubat asas seperti panadol, minyak angina serta ubat luka. Dengan anak-anak yang cergas dan lasak, kecederaan boleh berlaku bila-bila masa saja.

Di harap dengan panduan ini, aktiviti percutian anda dengan anak-anak lebih menyeronokkan dan meninggalkan kenangan manis buat satu keluarga.

SIGNATURE RUZIDAH COM-SMALL

(Visited 1,335 times, 6 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

You May Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!