Tips Mencuci Dan Menjemur Pakaian Di Musim Hujan

Tika dan saat entri ini ditulis memang hujan turun dengan lebatnya. Sejuk je rasanya. Bila Jida jenguk titisan hujan diluar, teringat pula pada baju yang masih ada sebakul belum dicuci.

Seminggu dua ni, awan memang mendung je. Sesekali ada lah juga hujan lebat seperti hari ini. Alhamdulillah, hujan rahmat.

Kalau di sebelah Pantai Timur, hujung tahun begini memang sinonim dengan musim tengkujuh. Apabila masuk musim ni, perkara yang paling merisaukan ibu-ibu ialah mengenai kain baju yang dibasuh banyak tidak kering. Masa Jida kecik-kecik dulu, mak selalu bising, suruh guna baju berjimat-jimat dimusim hujan. Ye lah, keluarga besar dan tiada pula mesin basuh. Faham-faham je lah. Sampai ke dalam rumah lah menjemur baju.

Walaupun cuaca redup dan matahari pun segan-segan nak keluar, baju yang sudah dibasuh tetap perlu dipastikan betul-betul kering sebelum di lipat. Kalau pakaian yang masih lembap-lembap jangan terus disimpan. Nantikan bakteria suka, jadi pastikan kain tu kering dengan elok ye. Untuk kesihatan dan keselesaan kita juga.

Jemur baju

Untuk entri kali ini, Jida ingin berkongsi mengenai Panduan Mencuci dan Menjemur Pakaian di Musim Hujan.

Tips #1 Jemur pakaian di tempat berbumbung.

Alhamdulillah, rumah Jida ada dua garaj kereta. Tapi disebabkan keretanya cuma ada satu sahaja, maka dapatlah satu garaj di buat tempat jemur baju. Kalau hujan sekalipun tak adalah risau baju jadi basah kuyup.

Tips #2 : Jemur di bawah kipas

Bila baju banyak yang dibasuh masih lembap walaupun sudah dijemur 2,3 hari. Maka, inilah yang Jida akan buat. Jemur bawah kipas. Bila ada angin, cepatlah sikit baju anda menjadi kering.

Tapi sesetengah orang mungkin tak suka cara ini. Ye lah, kain baju bergantungan di dalam rumah. Jida pun sebenarnya tak suka sebab nampak ‘semak’, tapi kalau dah emergency, apa nak buat. Ini jelah caranya.

Tips 3 : Gunakan mesin pengering.

Untungnya siapa yang anda mesin pengering seperti ini. I is jeles u! ?

Dalam whishlist juga ni alat pengering baju. Bersyukurnya sekarang tinggal dirumah kampung yang ada tempat jemur baju yang lapang. Sesetengah rumah seperti apartment, ada yang punya kesulitan untuk jemur baju. Lagi-lagi kalau punya bilangan ahli keluarga yang agak ramai. Mana sempat kering semua, tempat pula terhad untuk jemur.

Mesin pengering pakaian

Sebab itulah, mesin pengering menjadi keperluan apabila berdepan dengan situasi ini.

Tips 4 : Pilih sabun pencuci pakaian yang berkualiti

Bila musim hujan dan pakaian menjadi lambat kering. Akan muncul lah bau-bauan tidak menyenangkan daripada pakaian tersebut.

Ini kerana, sesetengah sabun tidak mampu untuk memberikan keharuman yang berpanjangan pada pakaian yang di basuh. Oleh itu, ibu-ibu kenalah bijak memilih sabun yang dapat mengelak bau hapak pada baju walaupun setelah dibasuh berhari-hari.

Cadangan Jida, cubalah Sabun pencuci yang Jida pakai ni. Boleh klik sini kalau nak tau. Tidak ada bauan yang tidak menyenangkan bila kain lambat kering dan penggunaan pun tahan lama. 

Tips #5 : Gunakan Pengering di Kedai Mesin Basuh Layan Diri atau Hantar Dobi

Walaupun terpaksa berbelanja sedikit, mungkin ini sahaja solusi yang sesuai buat anda. Takkan asyik nak membeli baju saja bila baju tidak kering. Itu membazir namanya. Apa kata, sesekali boleh keringkan di tempat dobi layan diri. Takde lah, baju busuk bertimbun-timbun tak berbasuh sebab susah kering. No more excuse ye ibu-ibu. ?

Ok lah, harapnya dengan perkongsian kali ini, ibu-ibu takdelah pening kepala lagi dengan hal baju ye. Ikut je tips kat atas ni. Semoga bermanfaat.

(Visited 271 times, 13 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!