Tips Supaya Berjaya Menghadapi Ibadah Puasa

Assalamualaikum w.b.t

Bulan Ramadhan sangat ditunggu-tunggu umat islam diseluruh dunia ini. Bulan yang penuh berkah dan keampunan ini sering dimanfaat untk mencari amal ibadah dengan cara menjalankan perintah wajib pada saat bulan suci ini adalah menjalankan puasa. Puasa itu maksudnya menahan segala godaan mulai dari makan,minum,dan yang terahkir hawa nafsu.

tips menghadapi puasa

Walaupun Jida bukanlah orangnya yang pakar dalam agama, tapi mungkin juga sedikit tips ini dapat membantu saudara kita sesama Islam yang diluar sana untuk tabah menghadapi puasa pada hari pertama bulan Ramadhan dan seterusnya berpuasa penuh sepanjang bulan. Mungkin ada yang menganggap kewajipan ini sangat berat dan sangat meletihkan kerana biasanya anda melakukan aktiviti mulai dari makan sarapan hampir setiap hari.

Tips berjaya puasa Sebulan dalam Bulan Ramadhan:

1- Mengubah Cara Berfikir
Jika Anda sudah menganggap puasa itu berat maka akan terasa berat sekali. Karena cara berfikir anda akan membebani anda dan seterusnya menjadi beban puasa anda.

2- Kuatkan Niat.
Sebenarnya faktor utama menjalankan puasa adalah niat yang kuat dan tulus. Kalau anda sudah niat untuk berpuasa penuh, godaan seperti apapun pasti tidak akan mengoyahkan niat anda.

3- Jangan Banyak Tidur.
Tidur itu memang ibadah tetapi jika anda terlalu banyak tidur maka tubuh anda akan terasa lemah dan malas untuk menjalankan ibadah puasa. Bahaya bagi anda yang sudah bekerja jika sudah terkena penyakit malas ini.

4- Lakukan Rutin Setiap Hari Seperti Biasa.
Segala jenis rutin hidup atau aktiviti yang kita buat sebelum puasa teruskan seperti biasa kecuali makan dan minum. Jangan selalu menjadikan puasa alasan yang tidak masuk akal untuk tidak melakukan rutin itu. Jalankan kewajipan anda seperti biasa.

5- Solat 5 waktu.
Cepat- cepat kerjakan solat 5 waktu pada waktu yang tepat kerana solat itu akan membuat kita jadi semakin khusyuk dan menghilangkan fikiran-fikiran anda untk membatalkan puasa.

6- Berkumpul atau berkawanlah dengan orang-orang yang berpuasa.
Lingkungan akan mempergaruhi puasa Anda. Jika Anda berkumpul dengan orang-orang yang berpuasa pasti akan menjadi kuat puasa Anda.Mungkin dengan cara tersebut Anda akan semakin menikmati puasa di bulan Ramadhan.

Puasa itu hukumnya wajib dikerjakan bagi umat islam yang sudah baligh. Dengan tips diatas diharapkan semoga anda boleh menjalankan ibadah puasa sebulan penuh. Selamat Berpuasa.

(Visited 159 times, 1 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!