Tips Menghilangkan Gigitan Nyamuk Pada Bayi

Beberapa hari lagi, kebanyakkan daripada kita akan mula merancang perjalanan balik kampung sempena Hari Raya Aidilfitri. Di sebalik keseronokkan pulang bercuti dan berhari raya, pasti terselit juga sedikit perasaan risau pada ibu-ibu yang ada anak kecil.

Happy kot balik raya ? Apa yang nak dirisaukan pula? Macam-macamlah Jida.

Haa…sebenarnya, tidak dinafikan perjalanan balik kampung adalah perkara yang paling menyeronokkan tapi Jida sangat particular tentang hal yang satu ini. Iaitu gigitan sang nyamuk. Haha..buat saspen je kan. Sebab tu, kalau balik Jida selalu ingatkan encik suami supaya bawa balik sekali Kelambu Moden yang kami ada. Bukan nak kata rumah kat bandar tak ada nyamuk, pun ada juga. Tapi kalau kat kampung, almaklumlah rumah mak ayah dan rumah umah mertua rumah papan je. Kadang-kadang bila datang musimnya, memang banyak sangat nyamuk. Sampai bintat-bintat badan anak Jida berdua tu akibat digigit nyamuk.

Nak pasang ubat nyamuk macam lemas dengan asap. Nak pasang ubat nyamuk elektrik macam tak kena pula sebab kadang-kadang kitaorang kena tido kat luar dek kerana bilik tak cukup. Huhu..Akibatnya, kalau  geng nyamuk dah datang menyerang tu, terpaksalah cari cara agar kesan gigitan cepat-cepat hilang. Lagi-lagi dengan kulit bayi seperti Dalili, senang sangat nampak merah-merah. Kesian.

Buat ibu-ibu yang ada masalah sama seperti Jida, bolehlah cuba tips yang Jida senaraikan di bawah ini. Harap-harap dapat membantu anda juga.

hilangkan kesan gigitan nyamuk1. Bawang Merah/Putih

Gunakan bawang merah/ bawang putih yang telah di potong empat. Seterusnya, sapukan bawang pada bahagian yang terkena gigitan. Insha Allah, bintat atau kesan merah akan hilang secara beransur-ansur.

2- Kentang

Gosokkan bahagian dalam kulit ubi kentang ke bahagian yang terlibat secara perlahan-lahan. Pottasium dan Vitamin C yang terkandung di dalam kentang berfungsi untuk menghilangkan kesan-kesan hitam akibat digigit nyamuk.

3- Gel lidah buaya ( Aloe vera)

Pokok lidah buaya memang sangat mudah ditanam dan cantik juga dijadikan hiasan. Selain itu, gel lidah buaya yang boleh diperolehi setelah dipatahkan batangnya juga berfungsi untuk menenangkan ( sejuk je bila digosok pada kulit!) dan dapat mengelakkan ruam kulit akibat gigitan nyamuk pada kulit bayi.

4- Krim Herbal Blend

Bagi bayi yang masih kecil adalah sangat tidak sesuai sekiranya anda menggunakan krim-krim yang mengandungi bahan kimia. Kulit mereka lebih sensitif dengan bahan kimia berbanding kulit orang dewasa. Sebab itulah Jida memilih untuk menggunakan krim Herbal Blend yang bebas bahan kimia. Jadi, kalau nak sapu tang pipi ke, tang dahi ke memang boleh disapukan tanpa rasa was was.

Selain itu, hasil daripada carian google tadi, ada juga ibu-ibu yang cuba mengurangkan kesan gigitan nyamuk dengan menitiskan air susu ibu. Yang ini Jida belum try sebab baru je tau. Maybe next time boleh cuba.

Apapun, harap-harapnya balik kampung kali ni takde lah nyamuk datang menyerang. Bolehlah kami anak beranak tidur dengan tenang setelah seharian berhari raya. =)

(Visited 1,594 times, 41 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

You May Also Like

4 thoughts on “Tips Menghilangkan Gigitan Nyamuk Pada Bayi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!