Tips Penjagaan Kulit Yang Mesti Di Lakukan Oleh Semua Ibu Bekerjaya

Di dalam kehidupan kita yang super busy, memang tidak dinafikan kadang-kadang kita tertinggal untuk melakukan satu perkara penting untuk kulit kita. Otak kita terlalu banyak benda untuk difikirkan baik dari segi kerja mahupun rumahtangga. Ya, kita memang super woman, tapi sekuat mana pun kita, kesihatan dan kecantikan kulit kena perhatikan juga.

Tips Penjagaan Kulit Yang Mesti Di Lakukan Oleh Semua Ibu Bekerjaya

Nak jaga muka agar sihat, segar dan berseri sentiasa ada caranya. Bukan hanya cukup dengan membersih sahaja. Perlu juga tahu rutin penjagaan wajah yang lain.

Setiap rutin penjagaan pula, seeloknya dilakukan mengikut turutan yang dicadangkan seperti di bawah ini agar keberkesanan yang akan diperolehi nanti lebih baik dan memuaskan. Berikut adalah langkah-langkahnya.

 

rutin penjagaan wajah wanita bekerjaya

1 – Membuang Sel Kulit Mati

Sebelum menyapu sebarang krim pada wajah, pastikan anda telah memastikan kulit dalam keadaan bersih agar tiada campuran kotoran yang boleh menjejaskan keberkesanannya atau menyebabkan rangsangan tindak balas kimia yang boleh bertindak sebagai perosak.

Mulakan dengan menyental kulit menggunakan skrub lembut. Ia bertujuan membuang sel kulit mati, sekaligus memudahkan ia menyerap khasiat yang dibekalkan.

2. Membersih

Langkah kedua adalah membersihkan wajah. Rutin ini adalah sangat penting dan harus dilakukan setiap hari.

Dalam memilih pencuci wajah yang sesuai, perlulah mengikut beberapa panduan. Antaranya adalah seperti pilih produk yang tidak mengeringkan kulit.

Pembersih berfungsi untuk membersih permukaan wajah serta ke dalam liang roma kulit disamping menanggalkan sel kulit mati. Selain itu, ia juga mengimbangi pH kulit sihat sambil mengekalkan lembapan semulajadi kulit supaya tidak kering, tegang atau gatal.

Untuk langkah 1 dan langkah 2, anda cukup beruntung kerana anda boleh menggunakan Youth Lominous Gel Oil Cleanser di mana pencuci muka ini bertindak sebagai skrub dan juga pembersih muka anda. Strukturnya sangat lembut dan tanpa buih tapi ada green algae yang bertindak membuang kulit-kulit mati (exfoliate).

Artikel Lanjut Mengenai Pencuci Muka ni boleh baca kat sini : Youth Cleanser, Pencuci Muka Berasaskan Tumbuh-Tumbuhan.

Selepas melakukan proses pembersihan di atas, biasanya liang pori akan terbuka. Jadi, bagi menutup kembali liang pori, kita apply lah toner pada muka. Toner penting untuk membantu menutup liang roma dan mengetatkan jurang sel selepas pembersihan dilakukan.

Pilihan toner semulajadi yang boleh anda pilih tentunya Perfecting Skin Toner.

youth perfecting skin toner

Dalam toner ni ada ekstrak anggur muscadine (anggur paling mahal di dunia) dan juga algae hijau kompleks.
Fungsinya untuk membersihkan kulit muka, membersihkan sel kulit mati, menghidratkan kulit serta membekalkan nutrisi bersama campuran vitamin penting, polifenol dan bahan-bahan botanikal berpaten untuk menghindarkan kulit kusam.

3. Serum

Seterusnya, gunakan serum. Anda perlu memakai serum agar dapat membantu meningkatkan kadar penyerapan untuk merangsang keberkesanan penggunaan krim seterusnya.

Waktu paling baik pakai serum ni adalah pada waktu malam sebab waktu malam merupakan waktu kritikal bagi pembentukan sel kulit yang baru.

youth activating serum

Nak tau lagi kelebihan Youth Activating Toner boleh baca sini.

>> Kelebihan Youth Activating Toner.

4. Pelembap

Sapukan pelembap ke atas kulit wajah agar ia tidak mudah kering dan mengalami dehidrasi. Kulit perlukan sedikit lembapan agar tidak cepat mengalami proses penuaan dan kedutan.

5. Krim UV

Losen perlindungan UV dengan nilai SPF tinggi pula bagus untuk melindungi kulit daripada dijamah matahari.

Selain melindungi, ia juga membantu mencerah dan melembutkan kulit serta mencegah masalah penuaan kulit.

Untuk Langkah 4 dan 5, produk ini tentunya dapat membantu anda kerana produk ini bukan saja bertindak sebagai pelembap untuk kulit tetapi juga dapat melindungi kulit anda daripada sinaran matahari.

youth age defends spf 50

Lindungi kulit kita daripada sinaran matahari dengan pelindung matahari berspektrum luas SPF 50 UVA/UVB.

Ia mengandungi vitamin dan botani bernutrien dan dapat melembapkan kulit. Selain itu ia juga dapat menambahbaikkan penampilan kulit anda secara menyeluruh.

Broad spectrum SPF merujuk kepada perlindungan dari sinaran UVA dan sinaran UVB. Walaupun ada krim yang tinggi SPF, tapi kalau ia bukan broad spectrum, anda takkan dilindungi dari sinaran UVA.

Krim SPF yang biasa halang dari sinaran UVB saja tau.  So, pilihlah sunscreen yang tulis Broad Spectrum Sunscreen.

Tak tahu apa tu UVA UVB? Haa..boleh baca kat sini >> Krim Pelindung Matahari Untuk Kulit Muka.

6. Krim Malam

Krim malam mempunyai fungsi yang sangat penting dalam mengekalkan kecantikan kulit, sama pentingnya dengan krim siang yang peranan nya lebih tertumpu kepada membekalkan kelembapan berterusan serta perlindungan dari sinar UV yang menggelapkan kulit.

Lebih-lebih lagi bila usia sudah menjengah 30-an. Di peringkat usia ini, kulit anda mulai menunjukkan tanda-tanda penuaan(skin aging). Contohnya, seperti kekenyalan pada kulit wajah semakin berkurang, kulit kusam dan munculnya garis-garis halus. Semua tanda ini sebenarnya dialami oleh semua orang, namun lebih ketara terjadi pada wanita.

Oleh itu, pastikan sebelum tidur jangan lupa untuk menyapu krim malam ke sekitar muka dengan rata. Apa yang Jida perasan, sejak-sejak Jida konsisten pakai Youth Advanced Night Cream kulit Jida menjadi lebih lembut dan moist. Rasa nak sentuh-sentuh je selalu.

youth advanced renewal night cream

Ok, kalau anda pun nak produk penjagaan kulit seperti ini, boleh terus hubungi Jida di sini.

* RUZIDAH *

013-6691930

 [ ID : 933174 ]

>Terus ke Whatsapp Klik Sini >> 

Atau anda juga boleh membuat pembelian dengan menggunakan kad kredit/ kad debit disini.

Jemput Like Page Saya || Kedai Vitamin Banting-Dengkil-Sepang

Kawasan COD : Kg. Bukit Changgang, Kg. Labohan Dagang, Olak Lempit, Pekan Banting, Langat Murni, Masjid KLIA & Dengkil

 

(Visited 21 times, 1 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi! Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida. Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

You May Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

×
Info/Order/Pertanyaan? Sila Klik Sini
error: Content is protected !!