Tips Supaya Kucing Atau Ayam Tidak Kacau Tanaman Di Dalam Pasu

Tanam bunga ni memang seronok. Tapi kadang-kadang ada juga binatang yang suka mengganggu tanaman kita sampai rosak jadinya seperti ayam atau kucing.

Dulu Jida suka tanam ros jepun dalam polibeg besar. Jadi, ayam suka sangat jadikan polibeg tu sebagai sarang dia. Habis dicakar-cakarnya tanah sampai berselerak keratan ros jepun yang Jida tanam.

Sedihnya rasa. Penat kita terbongkok-bongkok cucuk keratan, senang-senang je Cik Yam musnahkan.

Malah, kejadian ini juga pernah berlaku pada bunga kekwa Jida. Pokok kekwa tersebut Jida tanam dalam pasu lebar. Tengok-tengok lepas balik kerja, pokoknya dah ke mana, tanahnya pula dah bersepah-sepah. Malah ada pula lalat-lalat yang berkerumun dekat pasu. Rupa-rupanya ada seekor kucing yang tak bertuan dah jadikan pasu Jida sebagai tempat melepaskan hajat.

kucing pasu
Amboii..syok je dia lepak..

Akhirnya, setiap kali Jida semai pokok, benda ni lah yang Jida letak kat sekeliling. Pakai garfu je. Confirm encik kucing dan cik yam tak berani usik taman larangan lagi.

garfu halau kucing
Sakit woo kalau tercucuk. Haha…

Ginilah rupanya bila dicucuk kat pasu. Bahagian yang tajam tu menghala ke atas.

guna garfu
(gambar google)

Alhamdulilah, setakat ini cara begini masih berjaya lagi dan berjaya mengelakkan dua-dua haiwan tu mengganggu tanaman yang baru Jida tanam.

Bagi anda yang ada masalah yang sama, boleh lah cuba cara ini ya. Semoga tanaman anda dapat membesar dengan baik dan subur.

Semoga Bermanfaat ye.

(Visited 123 times, 6 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

4 thoughts on “Tips Supaya Kucing Atau Ayam Tidak Kacau Tanaman Di Dalam Pasu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!