Tips-Tips Memilih Pencuci Muka Untuk Kulit Sensitif

Mencuci muka ialah langkah asas pertama dan yang paling utama dalam rutin penjagaan kulit. Pencuci muka bertindak untuk membersihkan kotoran seperti mekap, debu dan minyak dari kulit muka kita.

Namun, bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif adalah agak sukar untuk mencari pencuci muka yang sesuai untuk digunakan setiap hari. Silap pilih pencuci muka, habis satu muka hancusss…

tips pilih pencuci muka

Berikut Jida kongsikan tips-tips yang boleh dijadikan panduan sekiranya anda sedang mencari pencuci muka untuk kulit sensitif.

1- Cari Pencuci Muka Yang Mengandungi Bahan Semulajadi

Menggunakan pembersih wajah yang menggunakan bahan semulajadi dapat mengurangkan iritasi dan mempunyai manfaat yang lebih baik dari bahan yang pencuci muka yang mengandungi bahan kimia.

Oleh itu, sekiranya anda ingin membeli sebarang produk pembersih wajah, pastikan anda teliti dahulu apa ramuan yang digunakan dan jangan hanya ambil sembarangan sahaja. Kulit sensitif sangat cepat menunjukkan kesan negatif apabila menggunakan produk yang tidak bersesuaian.

2- Hindari pencuci yang mengandungi skrub yang kasar

Memang syok bila ada skrub sebab boleh membantu tanggalkan blackhead segala. Tapi kalau dah dua tiga kali sehari kita pakai pencuci muka yang jenis berskrub, mau rosak muka kita. Lagi-lagi bila kulit muka anda jenis sensitif.

3-  Elakkan pencuci muka yang mengandungi pewangi(fragrance) atau bahan kimia yang boleh merengsa kulit.

Pencuci muka yang mengandungi kadar alkohol yang tinggi biasanya membuatkan kulit menjadi kering. Jadi antara tanda pencuci muka tu elok dengan kulit kita adalah bila lepas cuci muka tu, kulit kita tak terasa kering dan tegang. Kalau terasa kering dan tegang, maksudnya pencuci tu dah hilangkan kelembapan semulajadi kulit kita.

Bila kelembapan semulajadi kulit kita dah hilang, kelenjar minyak kulit akan mengeluarkan lebih banyak minyak. Tu yang kadang sesetengah orang cakap kulit dia makin berminyak lepas cuci muka. Pencuci muka yg tidak sesuai mungkin puncanya.

Buntu nak pilih jenis pencuci muka yang mana satu? Jida ada solusi pencuci muka yang sangat sesuai untuk anda yang berkulit sensitif.

Pencuci Muka Youth Lominous Gel Oil Shaklee, 100% Berasaskan Tumbuhan

Apa yang istimewanya dengan pencuci muka Youth Lominous Oil Gel Cleanser ni. Setiap kali lepas basuhan, takde rasa tegang tak selesa tu, takde mengelupas atau kering sangat. Rasa best je. Wajah rasa bersih dan segar selepas dicuci dan yang penting tiada kesan sampingan.

Pencuci Muka Youth Lominous

Bau pun takde la harum semerbak sebab ianya natural tau. Takde bahan kimia. Haaa ni memang Jida suka. Kalau boleh memang Jida nak ubah segala jenis produk yang family Jida pakai kepada yang bebas bahan kimia. Mungkin kesannya tidak nampak sekarang, tapi baik untuk jangka masa panjang. Mencegah lebih  baik daripada mengubati kan?

Kelebihan Youth Lominous Gel Oil Cleanser

  • Cleanser ni takkan buat muka rasa ketat dan kering selepas guna.
  • Sebab ia buang minyak yang lebih je. So kulit masih lembap.
  • Baunya sedap dan fresh. Pastinya bukan pewangi sintetik tapi dari avocado.
  • Strukturnya sangat lembut dan tanpa buih tau tapi ada green algae yang bertindak membuang kulit-kulit mati (exfoliate).
  • Cleanser soap-free ni adalah gabungan gel + oil = hybrid formulation.

Kalau dah pakai Youth Cleanser ni, memang anda akan terus jadi cintalah. Selain semulajadi dan selamat, ia juga berkesan. Jadi, bagi anda yang berminat untuk mendapatkan pencuci muka YOUTH LOMINOUS GEL, hubungi Jida segera ya.

* RUZIDAH *

013-6691930

 [ ID : 933174 ]

>>Terus ke Whatsapp Klik Sini >> 

Jemput Like Page Saya || Kedai Vitamin Banting-Dengkil-Sepang

Kawasan COD : Kg. Bukit Changgang, Kg. Labohan Dagang, Olak Lempit, Pekan Banting, Langat Murni, Masjid KLIA & Dengkil

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

(Visited 39 times, 1 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi! Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida. Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

You May Also Like

One thought on “Tips-Tips Memilih Pencuci Muka Untuk Kulit Sensitif

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!