Tutorial Cara Mudah Buat Whatsapp Link, Senangkan Prospek Hubungi Seller

Semua orang nak benda yang mudah dan pantas. Begitu juga dalam urusan jual beli online. Salah satunya adalah membuat whatsapp link yang mana akan memudahkan prospek menghubungi si penjual tanpa perlu lagi save nombor anda bila dia ingin menghubungi.

Untuk info, link ni sangat membantu memudahkan bakal pelanggan kita. Dengan sekali klik je boleh terus sampai ke nombor WhatsApp kita. Tak perlu nak save nama dulu. Mudah sangat kan. Dengan gembira prospek terus klik tau. Peluang closed sale meningkat sehigga 50%! Dan kita pula boleh customize link mengikut promosi.

Ok, jadi moh la kita ikuti langkah demi langkah yang perlu dilakukan untuk mencapai tujuan kita itu.

Tutorial Buat Whatsapp Link.

cara buat whatsapp link

1) Taip http://manage.wasap.my.

2) Klik butang ‘ Daftar Percuma Sekarang ‘ . Ikut sahaja arahan.

3) Dah habis register. Silalah login seperti biasa.

cara buat whatsapp link

4) Klik ‘Add Link’ untuk customize link. Maksimum boleh add link adalah sebanyak lima link.

cara buat whatsapp link

5) Masukkan subdomain yang anda suka. Tipsnya, pilih keyword yang ada kaitan dengan anda dan mudah untuk diingati.

cara buat whatsapp link

6) Masukkan no telefon yang digunakan untuk link tersebut. Boleh juga guna no telefon berlainan atau sama untuk kelima-lima link. (Bergantung pada keperluan anda.)

7) Masukkan ayat yang bersesuaian di dalam ruangan kotak ‘ Pre-Filled Text’ .

8) Kalau anda ID untuk Facebook Pixel dan Google Conversion, sila lah mengisi kotak yang disediakan. Tapi kalau takde ID tersebut maka abaikan je. Takde masalah.

9) Klik butang ‘Add’

cara buat whatsapp link

10) Sekarang dah ada satu link baru anda cipta. (Abaikan gambar 3 link tersebut sebab Jida memang dah create sebelum ni).

11. Kalau nak edit pun boleh. Tekan je pautan ‘Link’ yang ada sebaris dengan link wasap yang baru di add tadi.

Siap dah tutorial buat whatsapp link. Harap-harapnya dapatlah membantu anda selepas ni dan semoga kita semua dimurahkan rezeki. Amin.

Terima kasih.

Berkongsi Untuk Kebaikan Semua.

* RUZIDAH *

013-6691930

 [ ID : 933174 ]

>>Terus ke Whatsapp 

Jemput Like Page Saya || Kedai Vitamin Banting-Dengkil-Sepang

(Visited 31 times, 5 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

You May Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!