Udang Masak Butter

Hari ni teringin nak masak udang masak butter. Caranya sama sahaja dengan resipi ayam masak butter yang Jida ada tulis di entri sebelumnya, tapi kali ini kita tukar udang jadi ayam. Pada yang jemu makan ayam, makan malam ni boleh lah tukar menu pada udang pula.

Resepi Udang Masak Butter

Bahan-bahan

15 ekor udang
Setin susu cair
Sedikit Butter (dalam 2 sudu)
Sedikit tepung serbaguna
Setangkai Daun kari
2 biji bawang merah (hiris halus)
2 biji bawang putih (hiris halus)
2 biji cili api (hiris halus)
Sesudu gula
Secubit garam

Cara Menyediakan

1. Bersihkan udang. Toskan dan masukkan ke dalam bekas. Gaul dengan sedikit tepung.

2. Goreng udang celup tepung dan ketepikan.

3. Di dalam kuali lain, masukkan butter dan sedikit minyak. Tunggu sehingga panas, kemudian masukkan bawang merah, bawang putih, daun kari dan cili api.

4. Apabila bahan tumisan dah naik bau, masukkan susu cair. Kacau-kacau-kacau sehingga kuah pekat.

5. Setelah pekat, masukkan udang tepung tadi. Gaul sebati dan tutup api.

Udang Masak Butter_0

Selamat Mencuba ya. Bila dah cuba nanti, jangan lupa komen kat sini. Bye. Assalamualaikum..

(Visited 61 times, 3 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi! Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida. Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

You May Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

×
Info/Order/Pertanyaan? Sila Klik Sini
error: Content is protected !!