Ulser Mulut dan Cara Mengatasinya

Kesian sangat kat ‘my darling princess‘..Minggu ini adalah minggu demam+selsema+ulcer untuk dia. Makan tak nak, main pun tak. Lemah je. Minum air je la..Itu pun sampai kering jugak bibir. Iya lah, dah lah cuaca panas, tambah-tambah pulak dengan demam. Kalau ikutkan nak je jaga sendiri, tetapi memandangkan di trimester terakhir ini dah selalu sangat mintak cuti. Terpaksalah Jida merelakan diri supaya Dayana dijaga pengasuh sahaja. Harap-harap dia makin ok lah nanti. Semalam dah merengek-rengek kerana ulser mulut yang agak teruk di dalam mulutnya.

atasi ulser mulut 

Ulser mulut merupakan luka dalam mulut yang berwarna putih atau  kuning yang terjadi di dalam rongga mulut. Kadang-kadang ia juga nampak macam tompokan putih, kemerah-merahan dan ada juga yang bernanah. Selalunya terjadi berulang kali samaada sebiji, dua atau lebih. Bayangkan lah budak 4 tahun kalau kena ulser macam mana. Kita yang dah dewasa ni pun rasa tak selesa lagi kan pulak kanak-kanak. Memang stress habis lah. Malas nak cakap dengan orang rasanya.

Sesetengah orang memanggil ulser sebagai mata ikan atau kudis mulut.  Tak kisahlah apa panggilannya tapi hanya orang yang pernah mengalaminya sahaja yang tahu deritanya.   Lagipun cuaca yang panas dan kering macam sekarang ni, memang kena minum air banyak lah.

Sebenarnya, antara punca penyebab berlakunya ulser mulut ialah :

  1. Kecederaan akibat terkena/ tergigit benda tajam.
  2. Kekurangan zat besi, asid folik dan vitamin B12.
  3. Mempunyai alahan
  4. Jangkitan kulat, virus dan bakteria.
  5. Kesan daripada radioterapi dan kimoterapi.

Tanda-tanda ulser termasuk:-

  1. Rasa membakar dalam mulut
  2. Kesakitan
  3. Tidak selesa
  4. Hilang selera makan
  5. Demam

Berapa lama ulser mulut akan sembuh?

Kesakitan biasanya akan berkurangan dalam tempoh 3-4 hari tetapi ulser akan mengambil masa selama 10-14 hari untuk sembuh.

Apa yang boleh anda cuba usahakan apabila terkena ulser mulut?

1- Campuran air dan garam.

Ini memang sangat pedih. Boleh meraung-raung kat situ jugaklah kalau bagi kat budak kecil. Nak cuba air garam ni kenalah hati-hati yang kental sahaja. Caranya, kumurkan air garam selama dua atau tiga kali sehari untuk mengurangkan rasa sakit dan tidak selesa yang ditimbulkan oleh ulser.

2- Vitamin C dan Garlic (Antibiotic)

Untuk mempercepatkan proses penyembuhan, cuba amalkan pengambilan Vitamin C dan Garlic secara konsisten setiap hari .

3- Elakkan makanan masam

Makanan masam boleh menyebabkan iritasi pada permukaan kulit yang terkena ulser. Kalau boleh elakkan makanan masam seperti buah limau,oren dan lain-lain.

4- Gunakan bahan kumuran antiseptic

Ini adalah kerana kebersihan mulut adalah penting untuk mengelakkan ulser daripada merebak. Dengan menggunakan bahan kumuran antiseptic anda boleh mengekalkan kebersihan mulut yang baik. Yang paling popular tentulah ‘Listerine‘.

5- Makan makanan lembut

Contohnya seperti bubur,roti, kuih yang lembik dan lain-lain lagi.

6- Elakkan makanan panas dan pedas

7- Banyakkan minum air.

8- Sapukan gel atau krim penahan sakit.

Antara gel yang banyak dijual di kedai atau di farmasi adalah seperti Bonjela. Bak kata suami Jida,  guna bonjela ni ibarat bius dalam mulut. Kurang lah sikit rasa sakit apabila nak makan.

9- Last sekali , dapatkan rawatan daripada doktor

Dapatkan khidmat nasihat daripada yang lebih arif supaya mereka dapat mengesan apa sebenarnya penyakit yang anda hadapi. Bimbang juga sekiranya symptom yang wujud adalah gejala penyakit yang lain.

Semoga info ini bermanfaat untuk anda dan keluarga. Terima Kasih kerana sudi singgah di blog ini.

RUZIDAH

013-6691930

 

(Visited 837 times, 5 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!