Vitamin Untuk Pelajar, Kekal Fokus Di Kelas

Bagaimana dengan pencapaian anak-anak dalam sesi persekolahan yang lepas? Jangan terlalu salahkan dan tekan mereka sampai mereka merasa stress pula untuk belajar. Sebaliknya, kita sebagai ibu bapa perlulah memantau perkembangan pembelajaran mereka jangan sampai ketinggalan.

Dengar keluhan seorang cikgu (akak Jida sendiri ?) yang berkongsi pembelajaran anak-anak murid sekarang tak macam dulu. Semua nye lebih advance dari kami zaman sekolah dulu-dulu. Kalau anak-anak lambat memang ketinggalan la kebelakang.

Seorang anak Jida bakal masuk Tahun 1 tahun depan. Walaupun baru Tahun 1, perasaan mak-mak ni selalu merasa risau mengenai apa yang anak akan lalui sepanjang tahun depan. Itu baru yang darjah 1, bagaimana pula dengan kisah ibu bapa yang punya anak sekolah menengah, kolej dan universiti? Sesuatu perlu dilakukan untuk membantu mereka.

Nak mudah dapat apa yang diajar semasa belajar dan fokus, ia juga berkait dengan pemakanan anak-anak kita. Tak boleh pandang enteng perkara ni.

Cuba ibu bapa perhatikan pemakanan anak dan tanya apa makanan yang dibelinya di luar atau di sekolah. Adakah makanan itu elok untuknya? Antara faktor anak tidak dapat fokus di dalam kelas adalah kerana dia kekurangan nutrisi di dalam badannya di mana menyebabkan dia sentiasa merasa lemah, lesu dan malas untuk belajar.

Selesaikan segera supaya keadaan di atas tak berulang lagi. Mudah-mudahan, anak kita tak ketinggalan dalam pelajaran dan boleh berjaya seiring dengan kawan-kawan yang lain.

Vitamin untuk pelajar

Cadangan Jida ambil Vitamin Kesihatan Minda seperti Omegaguard, B-Complex dan juga Lecithin ini.

Vitamin untuk pelajar
Apa Kebaikan dan Keistimewaan ketiga-tiga suplemen ini?

1. B-Complex

? Sangat penting dalam membantu me’metabolisme’kan karbohidrat, lemak & protein,

? Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu pelajar berfikiran positif sentiasa (mood baik dan ceria) bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik pemikiran dan daya penumpuan akan lebih baik.

? Sebagai bonus, Vitamin B-Complex juga dapat melahirkan wajah yang cantik berseri dan tidak kusam. ?

2. Lecithin

Lecithin juga elok diamalkan oleh pelajar. Dalam Lecithin ada kolina.

Ianya bertindak balas dengan efisyen bersama kehadiran asid folik serta cobalamin.

Kolina penting dalam perkembangan sel menyambungkan sel-sel otak (neu-transmitter) untuk memudahkan proses penghantaran maklumat. Alah, macam dalam iklan kat TV untuk susu kanak-kanak itu. Selain itu kolina juga diperlukan dalam perkembangan sel-sel membrane otak.

Lecithin Shaklee diperolehi secara semulajadi daripada kacang soya. Setiap kapsul gel lembut menyumbang 530mg lecithin. Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

3. Omega Guard

OmegaGuard yang lengkap dengan DHA, AA, EPA dan Omega 3 yang sememangnya umum mengetahui adalah makanan untuk otak. Kajian menyatakan bahawa dengan mengamalkan Omega 3 risiko Alzhemier dapat dikurangkan. Untuk pelajar, OmegaGuard membantu pelajar lebih fokus dan juga mudah mengingat apa yang diajar oleh guru.

? Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam.

? DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.

? Shaklee OmegaGuard TM merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan OmegaGuard TM menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.

? Dalam bahasa yang mudah pengambilan Omega Guard dapat membantu kita untuk meningkatkan kecerdasan otak, mudah mengingati dan lebih fokus.

Mudah-mudahan dengan pengambilan vitamin yang konsisten ini dapat membantu anak-anak anda agar lebih fokus, sentiasa sihat dan cergas di dalam kelas. Jadi, jangan tunggu lama-lama, dapatkan Vitamin Untuk Kesihatan Minda daripada Jida dengan menghubungi nombor yang tertera di bawah.

Pengedar Vitamin Anda ?
Ruzidah Abdullah (SID : 933174)
013-6691930

(Visited 187 times, 2 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!