Vitamin Untuk Pesakit Tulang Patah Atau Retak

Sewaktu Jida menjaga mak yang sakit dihospital, macam-macam jenis kes pesakit yang menjadi jiran kiri kanan katil mak. Ada yang patah tulang belakang akibat jatuh dari aktiviti wall climbing, ada yang patah kaki akibat kemalangan kereta dan ada juga seorang remaja yang patah peha ketika menyertai aktiviti pantai. Pengalaman menjadi penunggu hospital ni memang menginsafkan.

Macam kes mak Jida pula, sebab terjatuh dari tempat tidur. Katanya badannya tidak seimbang bila nak berdiri. Itu yang jatuh dan tau-tau tulang sendi pinggul dah patah.

Dalam kes patah atau retak begini, faktor umur perlu diambil kira. Kanak-kanak kecil lebih mudah sembuh berbanding dengan orang dewasa. Kalau orang tua macam mak Jida lagilah lambat. Malah, setelah membuat operation memasukkan besi pun, doktor memberitahu proses penyembuhan akan mengambil masa 6 bulan dan lebih. Dan sekarang memang mak Jida hanya dapat berbaring di rumah.

WheelChair
Maaf Tok Mek, kami rasmi dulu ya?

Ikhtiar Kami Untuk Mak

Jadi, kami adik beradik berpakat nak bagi Vivix untuk membantu proses penyembuhan tulang mak. Lagipun dah banyak testimoni mengenainya dan Jida pun tak ragu-ragu untuk bagi mak minum. Kalau korang nak baca testimoni tersebut, boleh klik sini ya.

Walaupun pihak hospital dah bagi ubat-ubatan yang sepatutnya, tapi tak salah kalau kita nak menambahkan suplemen demi mencukupkan nutrisi dalam badan kita. Malah, nutrisi itulah nanti yang akan membantu proses penyembuhan kita.

Lagipun, sekarang mak banyak berpantang makan selepas operation, jadi lagilah banyak khasiat makanan yang dia tak dapat.

Sebelum ni mak memang pernah makan Ostematrix, Omega Guard dan ESP untuk masalah kencing manis dan darah tinggi dia. Jadi, kami harap dengan ambil Vivix ni lagi cepat mak Jida sembuh. Insha Allah.

Ok lah, nak stop entri ni sampai sini dulu. Maybe kalau ada siapa-siapa ada pengalaman pasal patah-patah atau retak tulang ni, boleh tinggal komen di bawah ni. Tips atau pengalaman yang korang kongsikan Jida dahulukan dengan ucapan terima kasih.

(Visited 69 times, 1 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!