Vivix, Suplemen Alternatif Untuk Turunkan Paras Bacaan Gula

Setiap hari berapa kali kita ambil air manis? Pernahkah kita kawal berapa jumlah pengambilan gula dalam keluarga. Jangan jadikan tabiat makan yang tidak elok ini sebagai perkara biasa dalam hidup anda kerana ia boleh mengundang keburukan untuk masa depan. Salah satunya adalah masalah kencing manis.

Untuk entri kali ini, Jida nak kongsi maklumat yang anda patut tahu mengenai kencing manis supaya kita sama-sama beringat sebelum terkena.

Info Penyakit Kencing Manis

Penyakit kencing manis (Diabetes Mellitus) ialah suatu keadaan yang mana terdapatnya ketiadaan atau kekurangan penghasilan insulin.

Insulin ialah suatu hormon yang dihasilkan oleh pankreas dan ia berfungsi untuk meningkatkan penyimpanan karbohidrat, lemak dan protein. Insulin bertanggungjawab untuk memproses glikogenesis, iaitu penukaran glukosa kepada glikogen dalam hati dan otot.

Insulin juga menyebabkan lipogenesis, iaitu pembentukan trigliserida dan lemak. Ia juga menghalang pemecahan lemak dan meningkatkan penghasilan glukosa dalam hati.

Terdapat dua jenis penyakit diabetes yang utama

Kencing Manis Jenis 1 – “Insulin Dependent Diabetes Mellitus” (bergantung pada Insulin)

  • Biasanya berlaku pada kanak-kanak dan remaja.
  • Biasanya badan tidak dapat menghasilkan insulin.

Kencing Manis Jenis 2 – “Non-Insulin Dependent Diabetes Mellitus” (tidak bergantung pada insulin).

  • Jenis yang paling biasa ditemui. Lebih daripada 90% penghidap diabetes adalah dari Jenis 2.
  • Biasanya dihidapi oleh orang yang berumur dan berat badan berlebihan.
  • Biasanya sel-sel badan tidak bertindak balas dengan baik terhadap insulin atau insulin yang dihasilkan tidak mencukupi.

Simptom-simptom kencing manis

Berikut adalah 10 tanda-tanda umum penyakit kencing manis yang anda boleh perhatikan.

Tidak semua orang akan mengalami semua gejala berikut dan bagi mereka yang mengalaminya biasanya ianya tidaklah teruk. Ramai pesakit yang menghidapi kencing manis Jenis 2 tidak menyedarinya selama bertahun-tahun kerana tanda-tanda awalnya kurang ketara.

Doktor boleh melakukan ujian yang mudah untuk menilai risiko kencing manis anda. Berdasarkan keputusan yang diperolehi, anda boleh mendapatkan rawatan serta membuat perubahan kepada gaya hidup anda sebelum ianya terlambat.

diabetes kencing manis

1- Paras gula darah tinggi

Cara terbaik untuk memeriksa tahap gula dalam darah anda adalah dengan membuat ujian di klinik. Biasanya, selepas anda memakan sesuatu makanan, tahap gula dalam darah anda akan meningkat secara semulajadi. Akan tetapi, apabila tahap gula dalam darah menjadi tinggi secara berterusan sepanjang hari itu adalah petanda tidak normal.

2- Dahaga yang berlebihan dan kerap kencing pada waktu malam

Kerap ke bilik air di waktu malam diikuti dengan dahaga yang berlebihan pada waktu malam boleh menjadi gejala diabetes. Dahaga yang berlebihan ini tidak hilang walaupun setelah meminum air yang mencukupi sebelum tidur.

Apabila terdapat terlalu banyak glukosa dalam darah, buah pinggang anda bekerja lebih keras untuk menghilangkan gula tambahan tersebut. Ini memaksa anda membuang air kecil, kadang-kadang beberapa kali pada waktu malam. Selepas badan anda kehilangan air dan ia akan membuat anda rasa lebih dahaga.

Ia adalah cara badan anda menguruskan gula darah yang tinggi. Dahaga yang berlebihan bermakna badan anda sedang cuba untuk menambah cecair yang hilang.

3- Hilang berat badan secara tiba-tiba

Tahap gula dalam darah yang tinggi boleh menyebabkan kehilangan berat badan yang cepat, sekitar 2 hingga 3 kg dalam masa dua atau tiga bulan. Sesetengah orang mungkin gembira kerana berat badan telah turun tetapi ini sebenarnya bukanlah kehilangan berat badan yang sihat.

Oleh kerana hormon insulin yang tidak membekal glukosa ke dalam sel-sel di mana ia boleh digunakan sebagai tenaga, badan menganggap ia kelaparan lalu menguraikan lemak pada otot sebagai sumber tenaga alternatif.

4- Sentiasa rasa lapar

Apabila pesakit kencing manis tidak mempunyai insulin atau tidak bertindak balas terhadap insulin seperti kebiasaan, glukosa tidak dapat diproses oleh badan seperti biasa, lalu menyebabkan tahap gula dalam darah jatuh.
Apabila tahap gula dalam darah menurun secara tiba-tiba, badan menganggap bahawa anda kelaparan dan memerlukan lebih glukosa untuk berfungsi. Isyarat ini diterjemahkan oleh badan sebagai rasa lapar.

5- Luka lambat sembuh

Ini adalah tanda klasik kencing manis. Ia berlaku kerana saluran darah dirosakkan oleh glukosa yang berlebihan bergerak di dalam urat dan arteri. Ini menyukarkan darah yang diperlukan untuk membantu penyembuhan, untuk sampai ke anggota-anggota badan.

6- Keletihan dan cepat marah

Usaha tambahan badan anda untuk mengimbangi kekurangan glukosa akan membuat anda letih. Bangun tidur untuk pergi ke bilik air beberapa kali pada waktu malam juga akan membuat anda letih kerana ia mengganggu tidur anda. Sememangnya, letih sepanjang masa akan membuat sesiapapun cepat marah.

7- Terdedah kepada jangkitan kulat

Wanita khususnya, perlu berhati-hati untuk jangkitan yis (candida) pada faraj. Diabetes melemahkan imunisasi, ini bermakna anda mudah mendapat pelbagai jangkitan, yang paling biasa ialah yis (candida) dan jangkitan kulat yang lain.

8-Penglihatan kabur

Apabila glukosa dalam darah adalah tinggi, ia mengubah bentuk kanta dan mata, menyebabkan penglihatan kabur.

Walau bagaimanapun ia akan kembali kepada asal apabila tahap gula dalam darah kembali normal atau hampir normal. Gula dalam darah yang tinggi, sekiranya dibiarkan untuk tempoh yang panjang, akan menyebabkan kerosakan kekal, mungkin juga buta.

9- Sensasi pada tangan dan kaki

Kesemutan, kebas, kesakitan membakar atau bengkak pada tangan dan kaki. Ini adalah tanda-tanda bahawa saraf dirosakkan oleh kencing manis. Sama seperti penglihatan, jika tahap gula dalam darah dibiarkan tinggi terlalu lama, kerosakan saraf juga akan kekal.

10- Kulit merengsa

Ini boleh menjadi tanda amaran kencing manis atau masalah kulit yang lain seperti acanthosis nigricans. Kulit di sekitar leher atau bahagian ketiak menjadi gelap. Pada tahap ini seseorang itu sudah mula mengalami proses penentangan insulin walaupun gula dalam darah mereka mungkin tidak tinggi.

Credit : Sumber

Sekiranya anda merasa anda juga mempunyai tanda-tanda seperti yang Jida jelaskan di atas, segeralah mendapatkan nasihat doktor di klinik berdekatan. Rawatan awal dapat mencegah daripada berlaku situasi yang lebih teruk di masa akan datang.

Penawar Berkesan Untuk Mengatasi Penyakit Kencing Manis.

vivix murah bila join ahli

Pengambilan Vivix Shaklee yang berterusan membantu mengatasi masalah kencing manis (diabetes) selain berfungsi sebagai antioksidan yang melindungi sel-sel badan dari kerosakan akibat serangan dari radikal bebas.

Ada juga  pesakit diabetes yang dapat sembuh setelah mengamalkan vivix Shaklee secara konsisten. Ini semuanya kuasa Allah. Kita berikhtiar dan Allah yang menentukannya.

Vivix adalah satu-satunya suplemen di dunia yang mampu menembusi DNA manusia. Vivix sangat bagus untuk merawat penyakit 3 serangkai iaitu kencing manis, penyakit jantung dan darah tinggi. Jika ada antara kita yang menghidapi penyakit 3 serangkai, Jida syorkan amalkan Vivix Shaklee.

Bagaimana Vivix Shaklee membantu merawat diabetes?

Ramuan Vivix yang terdiri daripada campuran botani yang kaya dengan resveratrol dan polifenol dapat memberi manfaat kepada pesakit diabetes dengan:

Memperlahankan atau mengurangkan Sindrom Resistansi Insulin (“metabolic syndrome”)
Vivix adalah antioksidan yang berkuasa untuk membantu melindungi dan membaiki sel yang rosak.  Jadi, pengambilannya secara berterusan dapat memberi manfaat dalam mengurangkan Metabolic Syndrome yang mengarah kepada penyakit kardiovaskular dan kencing manis yang disebabkan oleh kerosakan gen.

Mengawal kepekatan gula dalam darah

Karbohidrat yang dicerna akan menghasilkan gula yang memberikan kita tenaga. Walau bagaimanapun, pengambilan karbohidrat yang tinggi seperti nasi akan menyebabkan kandungan gula dalam darah kita meningkat. Dengan Vivix, polifenol yang terkandung dalam anggur muscadine akan melambatkan pencernaan dan penyerapan karbohidrat dalam darah dan seterusnya mengelakkan pengumpulan gula yang tinggi yang menyebabkan kencing manis.

Mengelakkan kerosakan mata, menggalakkan penyembuhan luka dengan segera
Polifenol Anthocyanins yang terkandung di dalam Vivix membantu dalam membaiki penglihatan dan menyembuhkan luka dengan segera.

Mencegah pembentukan protein AGE
Protein AGE (advanced glycation end products) terhasil daripada protein dan gula berlebihan dalam badan. Ia boleh menyebabkan atherosclerotic, sel mati dan komplikasi penyakit kencing manis. Salah satu dari mekanisma anti-penuaan Vivix adalah dengan memperlahankan penbentukan protein AGE ini.

Sebab itulah Jida sangat mengesyorkan pengambilan Vivix untuk pesakit kencing manis.

Kalau ada ibu atau ayah anda yang ada penyakit kencing manis atau darah tinggi, selalu-selalulah pantau perkembangan kesihatan mereka.

Selain daripada bawa mereka ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan berkala. Boleh juga anda ikhtiarkan untuk mengatasi masalah kesihatan mereka dengan Vivix seperti seorang pengguna di bawah.

Seronok bila bacaan dok turun.

bacaan 5,6 je skrg bacaan dari dulu 16..

Alhamdulilah, akhirnya mak beransur pulih. Bayangkan kalau anaknya tidak berusaha mencari penawar seperti Vivix ini. Dengan bacaan yang begitu tinggi, pelbagai masalah lain pula yang boleh timbul jika tidak dikawal segera.

Hebatkan manfaat Vivix ? Dengan menggunakan bahan semulajadi dan terbaik. Vivix telah banyak membantu mengatasi masalah diabetes ramai orang.

Boleh baca : Testimoni Vivix 1 dan  Testimoni Vivix 2 disini.

Tak rugi ya tuan-puan sekalian. Kalau anda ada ibu bapa yang menghidap kencing manis bertahun-tahun lamanya. Cubalah berikhtiar dengan Vivix untuk mereka. Mak ayah kita cuma ada satu. Kalau kita tidak mencari ikhtiar dan penawar untuk mereka, siapa lagi yang mereka boleh harapkan.

Harga Vivix Shaklee:

Bersesuaian dengan kesannya yang memberi pelbagai manfaat selepas pengambilan, harga Vivix Shaklee adalah RM475 sebotol. Jika hendak dibandingkan dengan kos anda melabur dengan membawa ibu bapa anda berulang-alik untuk mendapatkan rawatan di klinik, rasanya mungkin belanja yang perlu dikeluarkan untuk mendapatkan Vivix jauh lebih berbaloi. Sebabnya, bukan setakat dapat membantu mengatasi masalah diabetes mereka, malah tahap kesihatan juga inshaallah lebih baik.

Tapi, kalau nak dapat harga lebih murah, korang bolehlah pertimbangkan untuk join ahli Shaklee. Jangan risau, ahli tak semestinya kena menjual, join untuk makan sendiri pun dah cukup berbaloi, dapat nikmati harga ahli yang jauh lebih murah dan dapat consultation seumur hidup daripada saya.

Dengan pembelian 2 botol Vivix, anda akan dapat :-

  1. FREE Membership
  2. FREE Postage
  3. Cash Back/ Bonus yang akan dibayar bulan berikutnya.

Jika anda ingin menghadiahkan sebotol Vivix untuk ibu bapa anda dan menjadikan hari-hari tua mereka lebih bermakna, sudah tiba masanya untuk anda menghubungi Jida di 013-6691930. Jangan sampai tahap kesihatan mereka menjadi semakin teruk pula. Menyesal kemudian tiada gunanya.

Kini, lebih mudah sekali nak order secara online, hanya klik pada “ORDER SEKARANG” dibawah ini sahaja, anda boleh membuat pesanan terus kepada Shaklee.

Order-Sekarang-300x63

Berkongsi Kebaikan Untuk Semua.

Ruzidah Abdullah [013-6691930]

Pengedar Shaklee Kawasan Banting, Dengkil & Sepang

Jemput Like Page Saya || Kedai Vitamin

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

(Visited 26 times, 1 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi! Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida. Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

One thought on “Vivix, Suplemen Alternatif Untuk Turunkan Paras Bacaan Gula

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!