Waktu Tidur Yang Baik Untuk Anak-Anak

Anak Jida yang kedua sekarang dah 2 tahun 3 bulan. Bila dah besar macam ni, dia dah jarang nak tidur sangat. Waktu tidurnya dah ikut waktu tidur orang dewasa.

Tapi, demi perkembangan otak dan badan yang sihat, Jida pastikan juga dia tidur sebelah siang. Lepas ambil kakaknya dari sekolah, Jida akan tidurkan dia pula. Kiranya, si kecik ni tidur tengahari la. Dalam 2 jam macam tu. Tapi kadang-kadang terlajak sampai ke asar pun ada. Mungkin kepenatan agaknya. ?

Untuk ibu bapa yang baru pertama kali menimang cahaya mata mesti tertanya- tanya berapa jam sepatutnya anak kita tidur dalam satu hari?

Waktu tidur yang sesuai

Untuk pengetahuan semua, waktu tidur bergantung kepada tahap-tahap umur yang tertentu. Bermula dari bayi sehinggalah dewasa, waktu tidur kita tidak sama. Jadi, janganlah pelik bila bayi anda suka tidur je.

Waktu Tidur Yang Baik Untuk 0-6 bulan 

Bayi memerlukan lebih kurang 18 hingga 20 jam waktu tidur sehari. Kebiasaaannya mereka akan terjaga pada saat mereka haus atau lapar. Namun, setelah memasuki usia empat bulan, waktu tidur ini akan berubah. Rata-rata bayi akan tidur sekitar 10-12 jam pada malam hari. Pada waktu siang pula, mereka akan mengambil masa tidur kira-kira tiga hingga lima jam.

Waktu Tidur Yang Baik Untuk 6-12 bulan 

Pada waktu ini, bayi akan tidur dalam 11 jam pada waktu malam dan tiga hingga empat jam pada waktu siang. Lazimnya, bayi akan tidur siang dua kali sehari.

Waktu Tidur Yang Baik Untuk 1-3 tahun

Di usia begini, umumnya bayi memerlukan 10 hingga 13 jam waktu tidur, termasuk waktu tidur siang di antara satu hingga tiga jam. Pastikan jarak waktu tidur siang dan malam tidak terlalu dekat bagi mengelakkan kesukaran untuk tidur pada waktu malam.

Contoh macam yang Jida praktikkan sekarang, pukul 12.30 tengahari tidurkan Auni, dalam pukul 2 atau 3 petang dia bangun. Lepas tu bagi dia main sampai penat lagi. Pastu malam mesti boleh tidur sama-sama mama dia lagi. Hehe.

Nak tau lebih tips bagaimana nak memastikan anak tidur lena? Sila klik entri Jida yang ini.

Waktu Tidur Yang Baik Untuk 3-5 tahun

Kanak-kanak di usia prasekolah mempunyai waktu tidur di antara 10 hingga 12 jam termasuk waktu tidur siang dan malam. Walau bagaimanapun, di usia lima tahun biasanya mereka sudah tidak mahu tidur siang lagi.

Waktu Tidur Yang Baik Untuk 5-12 tahun

Di peringkat ini, kanak-kanak memerlukan waktu tidur malam 10 hingga 12 jam. Biasakan mereka untuk tidur awal agar mereka dapat waktu tidur yang mencukupi dan bersedia untuk ke sekolah keesokkan paginya tanpa rasa mengantuk.

Jadi, begitulah sepatutnya jumlah jam yang sepatutnya anak-anak kita dapat setiap hari. Jangan biarkan mereka leka sangat bermain atau ketagih dengan TV dan gadget sehingga kurang tidur pula. Sebagai ibu bapa, kita mestilah selalu peka dengan perkembangan anak kita.

Waktu tidur mereka adalah masa otak mereka berehat dan berkembang seiring dengan usia mereka. Semoga dengan info ini, anda dapat sedikit ilmu mengenai waktu tidur anak anda.

Semoga bermanfaat.

(Visited 603 times, 9 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

3 thoughts on “Waktu Tidur Yang Baik Untuk Anak-Anak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!