Warehouse Sale MyDear 2014

Assalamualaikum semua,

Tengah scroll-scroll newsfeed di Facebook, tiba-tiba ternampak iklan Wholesale MyDear 2014 yang di timeline seorang kawan. Kebetulan pula, memang tengah mencari carseat baru untuk dearest Dalili. Biar comfort sikit untuk dia bila nak hantar ke rumah baby sitter. Cari yang murah-murah tapi cantik. Hahaha..Nak murah tapi demand lak ye..

mydear-2014-warehouse-sales_jpg
The advertisement from My Dear

Seperti flyer yang kat atas ni, MyDear telah mengadakan satu jualan gudang untuk tahun ini.  Dan tentunya merupakan peluang keemasan untuk semua ibu bapa mendapatkan barangan keperluan kanak -kanak  dan bayi dengan harga yang lebih murah. Produk yang boleh anda dapatkan disana adalah seperti stroller, katil bayi, buaian, tilam, basikal, walker dan macam-macam lagi.

mydear2
baju costume pun ada…
mydear_warehouse2
lots of toys…heaven for kiddos…
mydear_warehouse
survey baby carseat for dalili
mydear1
musical toys for baby
mydear3
mmm..cuci mata je la..tak beli pun..

Sedikit tips semasa saya di Jualan Gudang MyDear :-

1- Membeli barang yang berada di bawah khemah adalah sangat murah berbanding yang berada didalam gudang, tapi kena bersabar lah sedikit kerana forklift hanya loading barang ke khemah dalam jangkamasa sejam atau sejam setengah sekali. So, lenguh jugak lah kaki nak menunggu barang sampai. Lepas tu pulak kena berebut-rebut dengan parents lain yang inginkan barang yang sama. Tapi, kalau dapat, Insyaallah, berbaloi..

2- Kalau ada orang boleh tolong tengokkan and jagakan anak, lebih baik tinggalkan anak-anak dan pergilah berdating dengan suami sahaja ke sana …haha.. ayat yang tak bleh blah..Bukan apa, sebab kat sana panas dan bersesak, kesian pula kalau baby dan kanak-kanak kat sana lama-lama. Lagipun nanti meragam pulak. Tak sempat nak beli apa-apa nanti.

3- Sila bersabar dengan karenah anak, kerana banyak mainan dan benda menarik  yang terdapat di sana.So, tips kedua sila baca balik..Hehehe..Tapi kalau tak ada orang nak jaga, bawa sajalah anak-anak bersama. Bersedialah dengan duit lebih ye.

4- Disebabkan ini adalah pertama kali saya ke warehouse MyDear ni, saya rasa bahagian baju takdelah murah sangat harganya. Produk yang ketara  murah harganya adalah seperti stroller, seatcar dan walker.

5- Boleh guna kad kredit kalau tak nak bawa cash banyak-banyak.

6- Survey dulu lebih kurang harga pasaran sebelum ke jualan gudang. Sekurang-kurangnya boleh la buat perbandingan.

adik_babycarseat_ruzidah

Setelah penat menunggu dia orang loading barang dalam khemah …akhirnya…Taraaa.. rezeki kami hari itu, dapat juga lah baby car seat yang murah ni. Bayangkan baby car seat ni boleh dapat dengan harga Rm150 je. Murah gila kan..? Kat luar mana nak dapat macam ni..Paling kurang RM300 kot..Lepas tu, cuba korang tengok plak rega yang ada dalam website Mydear ni haa..

mydear_ruJauh beza kan? Huhuhu..Rasanya kalau cari second hand punya item pun belum tentu dapat lagi kot. Nak jadi pengguna bijak kena lah compare harga dulu. Baru beli..Ye tak..unless korang memang ada duit juta-juta. Konfirm la tak jejas punya. Apapun untuk korang yang nak ke warehouse MyDear boleh la korang browse www.mydear.com.my for details.

Good Luck.

 

(Visited 395 times, 4 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

You May Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!